Assalammualaikum Sweet ladies :)
Syukur Alhamdulillah masih di beri peluang untuk menulis entri lagi buat julung kalinyaa.. Okay dulu entry bee pasal kami sekeluarga mengharapkan keajaiban Allah swt untuk kesembuhan tokki yg excident, Okay untuk hari ini bee nak maklumkan yang tokki dah pergi buat selamanya.. Allah tak dengar doa kami sbb Allah lebih sayangkan arwah yang bagi bee arwah lah ayah arwah la atuk..
Banyak sgt nasihat2 dan pedoman yg arwah tinggalkan buat anak cucunya..
Sungguh hati ini merindui arwah amat-amat, Bee redha untuk melepaskan arwah pergi dengan tenang.. Bee rasa terlalu sebak melihat penderitaan yg arwah lalui sepanjang arwah berada di icu selama 19hari bertarung nyawa untuk hidup.. Sangat - sangat tragis!!
Untuk hari ni dah masuk 9 hari arwah pergi meninggalkan dunia yg fana ni..
Sehari sebelum arwah meninggal ada perkembangan positive, Arwah boleh bukak mata, tapi tak blh bercakap, arwah just bg tanda dgn mengelipkan mata, boleh dengar apa yg anak cucu ckp sambil keluarkan air mata tanda arwah faham dan dgr apa yg anak cucu ckp..
Sebenarnya kami dah faham yang waktu arwah sudah dekat, Kami sudah pn bersiap sedia.
Kami tahu arwah rindu untuk bangun untuk spend time ngn kami lagi sbb arwah seorang yg amat menitik beratkan soal silaturahim dalam keluarga. Sepanjang hayat arwah pun, arwah sentiasa baik dgn sesiapa pn.. Arwah orang yg hebat!!
Arwah menghembuskan nafas yg terakhir pada 17.5.2015 (Ahad) Pada pukul 8.25pm di usia 72 tahun... Pada tghri tu doktor dah inform yg arwah dah nazak dan mtk di bawa balik ke rumah. Alhamdulillah arwah menghembuskan nafas yg trakhir di rumah.. Segala urusan berjalan dgn lancar.. Hampir 150 org yg sembahyangkan jenazah arwah.. Semasa hayatnya arwah selalu berpesan yg arwah menginginkan seramai 40 org untuk sembahyang jenazahnya, Alhamdulillah kami menunaikan amanat arwah. Pergilah tokki, kami melepaskan kepergianmu seikhlas hati kami.. Maka berakhir lah penderitaan yg tokki tanggung.. Kami memaafkan org yg melanggar tokki tu sbb kami tahu tokki pn pemaaf orangnya.. Takdir prjalanan hidup tokki di tentukan begitu.. Kami tak salahkan org itu 100% Sebab ni semua takdir Allah.. Untuk pengetahuan sahabat sahabat semua. Semasa hayatnya arwah tidak ada sebarang penyakit, arwah sentiasa cergas dan sihat. Ramai yg tak percaya yg usia arwah 72 tahun sbb arwah langsung tak ada sebarang penyakit, sentiasa sihat walafiat. Tapi nyawa arwah di ragut melalui tragedi kemalangan. Kami semua akan sentiasa merindui suara arwah dan diri arwah, semoga roh arwah tokki di tempatkan di kalangan para solihin dan para syuhada! Damailah di sisi tuhanmu Allah azzawajalla. Semoga kita akan bertemu lagi di akhirat dan akan berkumpul bersama2 di syurga kelak.. In Shaa ALLAH. Alfatihah.. TOKKI A.K.A BEBA.. SELAMANYA BEBA AKAN TERSEMAT DI HATIKU :(



























